Thursday, December 13, 2012

by miszhuda(hired me)

Posted by Unknown
SediA MeNeRiMa TeMpAHaN

Assalamualaikum semua. . .



0 comments

Wednesday, December 12, 2012

proffesional photographer

Posted by Unknown
Assalamualaikum you all. .sempena cuti sekolah ni mesti banyak je kenduri kahwin a.k.a walimatulurus. . .so kepada pasangan yang ingin menjadi raja sehari nanti mestilah perlu ada perancangan atau persiapan yg terbaik untuk majlis persandingan kan2?. . .

Salah satu dalam agenda perancangan yang diperlukan ialah pakej pengambaran untuk diabadikan di dalam album. . .di sini aku ada sertakan beberapa gambar pasangan pengantin yang diambil oleh " We Found Love Photographer". . .


Classic style

Sediakan payung sebelum hujan,,hee

Hari bahagia



0 comments

Tuesday, December 11, 2012

nasihat

Posted by Unknown

"Perubahan hidup bermula daripada perubahan diri,
Perubahan diri bermula dari perubahan hati. . ."
0 comments

Friday, August 24, 2012

salam lebaran

Posted by Unknown

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012. .indahnya di hari raya ni dapat makan ketupat maktok at jerlun. .have sweet memory with all family. .dapat duat raye lagi taun ni. .time kaceh sume. .
0 comments

Friday, August 3, 2012

Ramadhan datang lagi. . .

Posted by Unknown

Puasa tahun ni amat bermakna buat aku sebab dapat berbuka puasa dan bersahur bersama familyku di home sweet home. . .selamat berpuasa kepada semua yang mengenali diri ini. . .
0 comments

Sunday, July 29, 2012

Stanza Cinta

Posted by Unknown
" Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya
daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu
sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa berlalu begitu saja
Allah sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba
segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak
masuk akal dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan
kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau
dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk
dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan
memangilmu dengan namamu.
Ingatlah bahawa di mana pun kau atau
ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar. "

















0 comments

Friday, February 10, 2012

Surat untuk Calon Suamiku

Posted by Unknown
Assalamualaikum...

Ke hadapan calon suamiku. . .

   Apa khabarnya imanmu hari ini? sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amalan yana ketika ini sedang engkau genggam?

   Wahai calon suamiku. . .
  
   Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya?di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakn diri ini lebih baik.

   Kadang kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawabannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.

   Calon suamiku. . .
  
   Entah di mana dirimu sekarang. tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

   Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredaan Allah dan dirimu, suamiku.

   Wahai calon suamiku. . .
   
   Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pedamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

   Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. aku harap begitu pula dirimu.

   Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; "aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.

   Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulahh Allah, Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan."

   Calon suamiku yang dirahmati Allah. . .
  
   Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akn kunamakan ia gubuk derita. kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

   Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri merka ketaatan kepada Allah. bunga akan indah pada waktunya. Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

   Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisi mu kelak.

   Calon suamiku. . .
  
   Inilah sekilas harapan yang ku ukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang ku hadapi kini. Kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

   Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalam. . .
  
0 comments

Ya Allah, Diakah Jodohku

Posted by Unknown
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tidak pasti rencana Ilahi
Apakah dia akan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku
Reda hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
0 comments

Sunday, January 29, 2012

hang 0ut with geng msu(with hafiz bahari)

Posted by Unknown
27.1.2012. .petang itu hafiz datang ambil aku di hostel. .aku terima ajakan dia nak tumpangkan aku sampai ke penang. .tapi yang x seronoknya mase aku dah masuk dalam kereta dia, baru dia gtaw problem dia yg dia perlu jumpe d0kter gigi keesokan harinya dan bertolak ke penang petang es0k. .geramnya aku dengan hafiz mase 2,dah lah aku bersiap biasa2 je. .lepas 2 b0leh pulak dia bawak aku pergi ke rumah kawannya di shah alam. .disuruhnya aku menyamar jadi c0usin dia. .0k lah aku f0llow je. .erm ada besday party di rumah kawannya dan kitorang dah beli kek cho banana. .sesampai je aku kat rumah kawannya itu, segannya aku rasa dengan semua kawan2 dia yang nampak vogue and loaded. .seorang demi seorang dia kenalkan aku dengan kawan2 nya. .dengar je nama2 diorang aku susah nak ingat. .makan western fo0d and yang bestnya aku dah dapt rasa macamana pegang ular. .tapi mula2 rasa takut sangat dan 1 minit je lh ular uh di tapak tangan aku. .hik3. .lepas snap picture(aktiviti yg aku tunggu2) dengan diorang, kami semua keluar ke tempat orang main skateboard. .ntah pe lah name tempat tu. .aku pun dengan lagaknya berjalan dengan hafiz maca aku ni sepupu dia walaupun aku selalu nervous bila dengan dia. .x tau nape ada je silap aku buat. .2-3 pagi at karoke pulak. .malunya masuk kar0ke dengan pakai baju labuh n seluar slack. .diorang macam was2 je nak bawak aku masuk karoke. .aku buat x tau je. .ape lah nasib aku hari itu. .walau apapun best hang out dengan hafiz n geng. .erm baru lah aku kenal hafiz ni orangnya camne. .dia baik, x sombong, suke buat lawak. .hik3. .tapi dia dah ada yang punya lah pulak. .
0 comments

Sunday, January 15, 2012

career workshop

Posted by Unknown
15.1.2012. .aku hadiri program ni bersama kak yana. .kami menunggu kedatangan Dayah, kawan kami. .program sudah bermula tapi dia masih tidak kelihatan. .mesej dan panggilan kami tidak terbalas. .huh. .risau jugak dia akan membuat keputusan yang x sepatutunya. .tapi kami sentiasa berfikiran positif sehingga program tersebut habis. .pada petang itu, aku mendapat mesej daripada dia yang mengatakan ingin tarik diri daripada meneruskan semester ni. .keputusan yang dia ambil ini memang mengecewakan kami. .tapi apa kami boleh buat. .?huhuhu
0 comments

Sunday, January 8, 2012

MajLis perSandingan

Posted by Unknown
de pelamin purple pink

 by creative huda production

sweet memory
   25.disember.2011. .persandingan di rumah pengantin perempuan ni memang meriah. .ramai nye yang datang kenduri ni. .bertemakan purple dan pink pilihan dua mempelai ini. .hantarannye pun best2 aku teng0k. .aku rasa nak kawen hari ni je. .oopps terlebeh sudah. .tapi ade ke yang sudi nak kawen dengan aku?ini perkahwinan pakjang tajul buat kali yang kedua. .they are lo0k r0mantik  couple. .sesi bergambar lah paling best. .aku pun tumpang sekaki. .tapi maaf lah yer pakjang, huda tak bawak hadiah. .huda mampu t0long bawak hantaran aje lah. .hehehe. .h0pe u all l0ve forever. . :) >>pakjang tajul arus n makjang nurul huda<<
0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK