Tuesday, July 16, 2013

Ujian di bulan Ramadhan

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Banyakkan bersabar di bulan yang penuh barakah ini. . .Seharusya tidak berlaku pergaduhan antara satu sama lain. . .Seharusnya tidak menyakiti hati sesiapa. . .Seharusnya tidak bertengkar di depan rezeki. . .

ROH YANG KEMBALI DIBULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang dis
ebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.



0 comments

Monday, July 8, 2013

Seindah Ramadhan

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Lagi dua hari dah nak masuk bulan ramadhan. . .tiada bulan yang seindah ramadhan. . .puasa jangan tak puasa. . .Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba ini marilah kita bermaaf-maafan di antara satu sama lain. . .Selamat menjalani ibadah puasa. . .



0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK