Thursday, August 21, 2014

Cinta Jangan Pergi

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

     Abang, sayang tak ingat bila kita kenal dan menjadi pasangan couple. . .Kenapa terlalu cepat abang pergi?. . .Maafkan sayang jika ada terabai kan abang, buat abang marah, buat abang tak happy. . .Sungguh, sayang terlalu rindukan abang di saat ini. . .Abang, sayang masih ingat kita selalu bergaduh di telefon sebelum abang mendapat pekerjaan. . .Masing-masing nak menangdengan pendapat sendiri. . .

     Sekarang, sayang rasa sunyi kerana tiada lagi bebelan dari abang. . .Masa kita sedang bergaduh dahulu, abang selalu cakap pasal mati. . .Sekarang, abang betul-betul pergi dahulu tinggalkan sayang. . .Susah sayang nak percaya apa yang sayang baca di wall facebook abang. . .Keluarga dan sahabat-sahabat abang mengucapkan takziah dan sedekahkan al-fatihah untuk abang. . .Kenapa sayang lambat dapat maklumat?Maafkan sayang.. .
     
     Patutlah abang tak reply SMS2 sayang, rupa-rupanya abang dah ditimpa kemalangan pada 9.8.2014. . .Walaupun di mana sayang berada, tidak pernah sayang luppakan abang. . .Pada 6.8.2014 adalah hari terakhir abang hantar SMS dan kita berbual dengan abang melalui telefon. . .Cara abang cakap pun dah lain, tidak seperti biasa. . .Abang banyak gelak. . . Abang banyak bercakap pasal perancangan masa depan kita, impian kita untuk kahwin tahun hadapan. . .

     Semasa abang cakap nak datang sini seperti bersungguh-sungguh dan pasti. . .Sayang dapat rasakan kehadiran abang di saat ini, Allah lebih menyayangi mu wahai kasih, Abang juga pernah tanya sayang nak masak apa untuk abang bila abang datang nanti? Sayang tak tahu nak jawab apa. . .Kemudian, abang cakap nak makan makanan popular bagi orang utara iaitu laksa kedah tapi abang nak makan laksa kuah lemak, sayang tak reti buat. . .Malam itu abang terlalu banayak cakap, sayang menjadi pendengar setia abang. . .Apakah itu maksudnya abang nak pergi jauh?

     Abang cakap hobi abang suka pergi melancong dan abang menceritakan pengalaman abang pergi ke negara orang  seperti Thailand dan negara yang jauh sedikit dari malaysia tapi menggunakan bajet yang murah. . .seronok sangat sayang dengar. . .Sayang rasa tidak sabar-sabar untuk menjadi permaisuri hidup abang. . .Abang, sayang masih ingat kita pernah berbincang untuk balik ke kampung masing-masing bila raya aidilfitri tiba. . .Sayang bersetuju untuk balik ke kampung abang sebab keluarga abang ramai bila tiba musim perayaan, sayang rasa teruja sangat bila dengar abang bercerita tentang suasana raya di rumah abang. . .

     Abang, terlalu singkat masa perbualan kita pada malam itu, "I Love You, I Miss You" adalah lafaz terakhir daripada abang. . .Disebabkan abang perlu bangun awal untuk pergi kerja pada keesokan harinya, abang minta sayang kejutkan. . .Lagi sekali sayang hampakan abang sebab sayang bangun lambat, maafkan sayang yer abang. . .






Wan Farhan dalam kenangan

0 comments

Sunday, August 3, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Tahun ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan kapal terbang MH370 dan kapal terbang MH17 terhempas akibat ditembak oleh pengganas. . .Al-fatihah disedekahkan kepada kru-kru dan mangsa-mangsa yang terlibat. . .Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. . .Tidak lupa juga kepada saudara-saudara islam di gaza yang sedang menjadi mangsa kekejaman Israel, didoakan semoga Gaza akan terus diberi kemenangan. . .

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan lagi untuk meraikan aidilfitri ini bersama ahli keluarga dan sanak-saudara. . .Walaupun huda hanya dapat cuti dua hari je, raya tetap raya. . .Di kesempatan ini, huda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang sudi singgah kat blog ni. . .;)

Lirik Lagu Erti Aidilfitri - KRU

Dengar laungan takbir
Hayati erti Aidilfitri
Suasana gembira di mana saja
Sepanjang Syawal mulia

Kumohon salam ikhlas
Tulus kata hati dilafaz
Dari kota hingga ke pinggiran desa
Saudara seagama

Korus
Selamat Hari Raya,
Hari kemenangan kita,
Sempurnalah amalan Ramadhan
Moga bersihlah jiwa raga

Selamat Hari Raya
Ampun maaf dipinta
Kita mulakan lembaran baru
Lupakan sengketa lama

Tenangnya rasa hati
Dalam menghayati Aidilfitri
Eratkan siratulrahim antara kita
Saudara seagama

Ulang Korus

Selamat Hari Raya 2x

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-erti-aidilfitri-kru.html#ixzz39L6sPMrS



0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK