Sunday, November 23, 2014

Pencil Holder PopUp Card with perfume

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Sempena musim peperiksaan ni terutamanya kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM, . .Semoga berjaya dan selamat maju jaya. . .Lovely PopUp Card telah keluarkan produknya yang terbaru. . .Semoga pembaca enjoy melihat ini. . .Kelebihan kad ini ia berbau wangi. . .p/s:maaf berselerak sedikit^^

Pencil holder popUp card
0 comments

Friday, November 7, 2014

Ingat akan mati

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

     Dah lama rasanya tak update blog ni. . Hari ini huda nk kongsikan satu kejadian yang berlaku kepada huda beberapa hari yang lepas. . .Kejadian ini mengisahkan bagaimana aku hampir tercekik kerana makan kerepek dalam office. . .

        Semasa menghadap kertas-kertas kerja di dalam office, terasa lapar lah pulak, lalu huda ambil lah sedikit kerepek dalam balang. . .Terus huda suap dalam mulut tanpa baca bismillah terlebih dahulu. . .Huda makan terlalu cepat sebab takut bos nampak,dalam office kami terdapat peraturan dilarang curi-curi makan di dalam office. . .tapi apa kami kisah, . .

     Beberapa minit kemudian huda berasa tekak terlekat sesuatu, terasa macam nak pitam, huda
0 comments

Friday, October 24, 2014

Maal Hijrah 2014

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Salam maal hijrah kepada seluruh umat islam. . .Seperti mana yang kita tahu maal hijrah sudah masuk tahun baru bagi umat islam. . .Jadi jom tutup buku baru, tutup buku lama. . .Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun lepas. . .Banyak kenangan pahit manis yang tak dapat huda lupakan. . .Salah satunya yang paling huda kesal bila abang abu kahwin dengan orang lain dan muka isterinya iras dengan muka huda, , ,Nak buat macamana, bukan jodoh huda dengan dia agaknya. . .Semoga dia berbahagia lah dengan pasangannya. . .Huda tumpang gembira. . .

Doa awal tahun yang dibaca setelah masuk waktu maghrib


Doa akhir tahun yang dibaca setelah masuknya waktu asar



0 comments

Friday, September 12, 2014

To malacca

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Sudah lama huda dan keluarga tidak pergi ke Melaka menziarahi bapa saudara dan keluarganya. . .Kali ini kami pergi untuk menziarahi makndak yang terlantar sakit di wad ICU . . .Rasa pilu dan sedih apabila melihat makndak yang sedang menahan sakit kerana terlalu banyak wayar yang dimasukkan pada tubuh badan makndak. . .



0 comments

Monday, September 1, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Posted by Unknown
Asssalamualaikum. . .

Salam Kemerdekaan yang ke-57. . .Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kehidupan dan hidu dalam keadaan aman sejahtera. . .Tidak seperti di Palestin, rakyatnya menjadi mangsa kejam tentera Israil. . .Jadi sama-samalah kita menghargai negara Malaysia yang tercinta ini dan jangan lupa mendoakan mereka yang dizalimi. . .SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57. . .








0 comments

Thursday, August 21, 2014

Cinta Jangan Pergi

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

     Abang, sayang tak ingat bila kita kenal dan menjadi pasangan couple. . .Kenapa terlalu cepat abang pergi?. . .Maafkan sayang jika ada terabai kan abang, buat abang marah, buat abang tak happy. . .Sungguh, sayang terlalu rindukan abang di saat ini. . .Abang, sayang masih ingat kita selalu bergaduh di telefon sebelum abang mendapat pekerjaan. . .Masing-masing nak menangdengan pendapat sendiri. . .

     Sekarang, sayang rasa sunyi kerana tiada lagi bebelan dari abang. . .Masa kita sedang bergaduh dahulu, abang selalu cakap pasal mati. . .Sekarang, abang betul-betul pergi dahulu tinggalkan sayang. . .Susah sayang nak percaya apa yang sayang baca di wall facebook abang. . .Keluarga dan sahabat-sahabat abang mengucapkan takziah dan sedekahkan al-fatihah untuk abang. . .Kenapa sayang lambat dapat maklumat?Maafkan sayang.. .
     
     Patutlah abang tak reply SMS2 sayang, rupa-rupanya abang dah ditimpa kemalangan pada 9.8.2014. . .Walaupun di mana sayang berada, tidak pernah sayang luppakan abang. . .Pada 6.8.2014 adalah hari terakhir abang hantar SMS dan kita berbual dengan abang melalui telefon. . .Cara abang cakap pun dah lain, tidak seperti biasa. . .Abang banyak gelak. . . Abang banyak bercakap pasal perancangan masa depan kita, impian kita untuk kahwin tahun hadapan. . .

     Semasa abang cakap nak datang sini seperti bersungguh-sungguh dan pasti. . .Sayang dapat rasakan kehadiran abang di saat ini, Allah lebih menyayangi mu wahai kasih, Abang juga pernah tanya sayang nak masak apa untuk abang bila abang datang nanti? Sayang tak tahu nak jawab apa. . .Kemudian, abang cakap nak makan makanan popular bagi orang utara iaitu laksa kedah tapi abang nak makan laksa kuah lemak, sayang tak reti buat. . .Malam itu abang terlalu banayak cakap, sayang menjadi pendengar setia abang. . .Apakah itu maksudnya abang nak pergi jauh?

     Abang cakap hobi abang suka pergi melancong dan abang menceritakan pengalaman abang pergi ke negara orang  seperti Thailand dan negara yang jauh sedikit dari malaysia tapi menggunakan bajet yang murah. . .seronok sangat sayang dengar. . .Sayang rasa tidak sabar-sabar untuk menjadi permaisuri hidup abang. . .Abang, sayang masih ingat kita pernah berbincang untuk balik ke kampung masing-masing bila raya aidilfitri tiba. . .Sayang bersetuju untuk balik ke kampung abang sebab keluarga abang ramai bila tiba musim perayaan, sayang rasa teruja sangat bila dengar abang bercerita tentang suasana raya di rumah abang. . .

     Abang, terlalu singkat masa perbualan kita pada malam itu, "I Love You, I Miss You" adalah lafaz terakhir daripada abang. . .Disebabkan abang perlu bangun awal untuk pergi kerja pada keesokan harinya, abang minta sayang kejutkan. . .Lagi sekali sayang hampakan abang sebab sayang bangun lambat, maafkan sayang yer abang. . .






Wan Farhan dalam kenangan

0 comments

Sunday, August 3, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Tahun ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan kapal terbang MH370 dan kapal terbang MH17 terhempas akibat ditembak oleh pengganas. . .Al-fatihah disedekahkan kepada kru-kru dan mangsa-mangsa yang terlibat. . .Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. . .Tidak lupa juga kepada saudara-saudara islam di gaza yang sedang menjadi mangsa kekejaman Israel, didoakan semoga Gaza akan terus diberi kemenangan. . .

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan lagi untuk meraikan aidilfitri ini bersama ahli keluarga dan sanak-saudara. . .Walaupun huda hanya dapat cuti dua hari je, raya tetap raya. . .Di kesempatan ini, huda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang sudi singgah kat blog ni. . .;)

Lirik Lagu Erti Aidilfitri - KRU

Dengar laungan takbir
Hayati erti Aidilfitri
Suasana gembira di mana saja
Sepanjang Syawal mulia

Kumohon salam ikhlas
Tulus kata hati dilafaz
Dari kota hingga ke pinggiran desa
Saudara seagama

Korus
Selamat Hari Raya,
Hari kemenangan kita,
Sempurnalah amalan Ramadhan
Moga bersihlah jiwa raga

Selamat Hari Raya
Ampun maaf dipinta
Kita mulakan lembaran baru
Lupakan sengketa lama

Tenangnya rasa hati
Dalam menghayati Aidilfitri
Eratkan siratulrahim antara kita
Saudara seagama

Ulang Korus

Selamat Hari Raya 2x

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-erti-aidilfitri-kru.html#ixzz39L6sPMrS



0 comments

Sunday, July 6, 2014

Pertama kali

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Pertama kali bekerja di bulan puasa rasanya tidak seperti hari-hari biasa. . .Syukur pada hari itu hujan membasahi bumi. . .Semoga Allah memberkati pekerjaan aku. . .Berbuka bersama kawan-kawan memang seronok tapi aku tetap juga ingat pada keluarga di rumah. . .Aku tertanya-tanya apakah yang mereka makan semasa berbuka. . .Rindu semakin menebal untuk berbuka bersama keluarga tetapi apakan daya, ada tuntutan kerja yang perlu aku selesaikan bersama rakan-rakan sekerja. . .

Walau bagaimanapun, aku akan tetap akan berusaha yang terbaik untuk perjalanan hidup aku, kontrak pekerjaan aku bekerja di pasaraya itu sebagai kerani akan tamat selepas lebaran ini. . .Aku pun tidak tahu samaada mereka mahu menerima aku lagi atau tidak selepas ini. . .Yang penting, aku dah berusaha yang terbaik untuk melaksanakan pekerjaan ini



Sejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi
Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.
Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.
Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.
Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.
Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.
Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugasal-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.
Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-
1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-
a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.
2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.
3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.
4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.
Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-
وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ
Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).
Musa berkata: ""Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?"" Kedua wanita itu menjawab: ""Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )
5)  Mendapat izin wali atau suami.
6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)
7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.
8)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.
9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.
credit by: Zaharuddin Abd Rahman
0 comments

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 2014

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Tahun ini adalah tahun pertama aku berbuka puasa bersama keluarga setelah beberapa tahun aku hanya berbuka puasa bersama adik bongsu kerana ayah bekerja di perak. . .Alhamdulillah tahun ini kita dipertemukan lagi dengan bulan ramadhan yang penuh barakah ini. . .Sebelum sehari ramadhan, aku dapat panggilan daripada kawan dan mengatakan ada salah seorang ahli keluarga kawan kami telah  meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. . .Semoga keluarga beliau tabah menghadapinya. . .Takziah ku ucapkan. . .

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
&
SELAMAT BERBUKA PUASA




0 comments

Sunday, June 15, 2014

Selamat Hari Bapa

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Selamat hari bapa kepada ayah saya dan seluruh bapa di dunia. . .Happy Father's Day. . .Hope enjoy the moments with your family. . .Tanpa ayah tiada lah kita kat dunia ni. . .Bersyukur atas segalanya. . .





0 comments

FIFA WORLD CUP 2014

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Kali ini FIFA World Cup di Brasil. . .Saya sokong semua. . .Bagaimana dengan awak-awak? Kat mana-mana pun depa dok sembang pasal bola sekarang ni. . .Saya pun nak update juga lah pasal FWC ni kat blog ni. . .hee








0 comments

SaLam NisFu SyaAbaN

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Di sini, saya ingin kongsikan sedikit maklumat tentang malam nisfu syaaban berdasarkan gambar-gambar yang saya ambil dari google image. . .Seperti yang sedia kita maklum, jika dah bertemu dengan malam nisfu syaaban, akan datang bulan ramadhan tidak lama lagi. . .So kepada kaum hawa yang belum ganti puasa lagi, cepat-cepat puasa ganti termasuk lah diri saya. . .hee :)




0 comments

Monday, June 2, 2014

Aduh sakitnya. . .!!

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .


Terlalu sakit rasanya sampai tiada mood lah nak bercakap. . .tapi masih boleh bertahan,minum susu banyak-banyak. . .harap-harap sembuh lah cepat. . .Saya paling takut nak jumpa doktor gigi. . .huhuhu. . .Esok masih mahu pergi kerja dan perlu puasa ganti. . .Cobaan. . .

0 comments

Wednesday, May 21, 2014

PopUp Card

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Ramai yang masih tidak faham apa itu popUp card. . .so di sini huda explain secara ringkas apakah itu popUp card?

POP-UP

Pop-Up adalah perkataan universal. Apa sahaja buku-buku / kad-kad yang timbul atau muncul dalam bentuk 3D atau bergerak apabila dibuka ia di panggil buku / kad Pop-Up. Reka bentuk dan penciptaan buku-buku atau kad-kad Pop-Up adalah sebahagian dari seni dan juga sebahagian dari kejuruteraan kertas ('paper engineering').

Ernest Nister dan Meggendorfer Lothar boleh dikatakan orang yang pertama mencipta buku Pop-Up. Buku-buku Pop-Up mereka sangat diminati di German dan Britain pada abad ke 19.

Tetapi tidaklah pada abad tersebut nama 'Pop-Up' itu muncul.
Harold Lentz adalah penerbit yang pertama menggunakan perkataan 'Pop-Up' untuk menunjukkan ilustrasi buku beliau yang bertajuk Blue Ribbon di terbitkan di New York pada tahun 1930.
Dari negara eropah ia bermula dan diminati kemudian ia berkembang keseluruh dunia atas permintaan yang sangat menggalakkan sehinggalah kini. 
Disebabkan itu tidak hairanlah jika kita ke kedai-kedai buku yang menjual buku-buku Pop-Up kita akan dapat lihat semuanya buku-buku tersebut diterbitkan dari negara eropah.

0 comments

Monday, May 19, 2014

Happy teacher's Day

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

1997-2002 : : Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim (SKWI)
2003-2006 : : Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji (SMKOKH)
2006-2007 : : Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi (SMKPK)

Kepada guru-guru yang pernah mengajar saya di sekolah-sekolah tersebut, TERIMA KASIH CIKGU !! 
0 comments

Saturday, May 17, 2014

Happy Mother's Day

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .


Harap tak terlambat lagi untuk post selamat hari ibu ni. . .Happy mother's day to all mom in this world. . .
You are the best in the world. . .
0 comments

Friday, May 16, 2014

Sakit penghapus dosa

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .


Semoga info ini memberi manfaat untuk kita semua. . .Sama-samalah kita muhasabah diri semasa mendapat kesakitan. . .i love Allah. . .

Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
“Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan,” katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
“Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
“Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?” ujarnya.
Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.
“Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
“Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar,” ujarnya.
Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya” (Hadis riwayat At-Tarmizi).
0 comments

Wednesday, May 7, 2014

Manfaat solat berjemaah di masjid

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Terasa bagaikan di syurga apabila mendengar seruan azan ketiika di dalam masjid. Suasana tenang dan nyaman di situ dapat menghilangkan tekanan atau maslah di tempat kerja. Jom sama-sama kita meriahkan masjid-masjid dengan solat berjemaah kerana terdapat banyak manfaatnya.

Sesungguhnya solat berjemaah adalah untuk menghapus sikap individu di dalam jiwa, dan menghancurkan sifat2 perpecahan. Maka di antara hikmah pentingnya melakukan solat berjemaah adalah mempererat persaudaraan yang sudah terjalin.

0 comments

Sunday, April 20, 2014

Apa Itu Monopod...??

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Teringin sangat nak dapatkan monopod ni. .Huda sudah terpengaruh dengan pak menakan yang sudah memiliki dan menggunakannya. .Best kata nya selfie guna monopod ni. .Nah!! Kat sini huda sediakan sedikit info daripada carian google untuk u all. . .








Monopod ini membolehkan kamera kukuh , membolehkan jurugambar mengambil gambar yang tajam pada kelajuan shutter yang lebih perlahan, dan / atau lebih lama kanta fokus . Dalam kes
0 comments

Wednesday, April 9, 2014

Hikmah

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Hidup ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah, 

Setiap insan pasti ada masalah dan kekurangan,
Bersabarlah dengan setiap dugaan. . .

0 comments

Sunday, April 6, 2014

Mengapa harus aku. . .??

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Mengapa harus aku yang menderita?
Mengapa harus aku yang menjadi mangsa?
Apakah aku tidak berhak berasa bahagia untuk menikmati erti persahabatan, erti cinta?
Bila terasa rindu, ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalm tidurku
Mengapa harus aku yang dipersalahkan?
Bukankah engkau yang selalu berpura-pura?
Apakah tidak ada sedikit pun perasaan bersalah kau padaku?
Tidak banyak yang aku ingin pinta daripada kau
Hanya kemaafan yang aku inginkan
Semoga kau berbahagia bersama si dia. . .

                                                                                                       created by,
                                                                                                                      nurulhuda

0 comments

Friday, March 21, 2014

Pengalaman baru di tempat kerja baru

Posted by Unknown



Assalamualaikum. . .

17.02.2014, huda start bekerja di pasaraya sebagai kerani. Akhirnya doa mak huda termakbul juga selalu suruh huda jadi kerani. Untuk memuaskan hati mereka,huda terima jawatan ini. Kini, sudah sebulan lebih huda kerja kat sini. Memakan masa yang agak lama juga lah untuk sesuai diri kat sini sebab for the first time huda bekerja dengan bangsa lain dan warganegara asing. Susah juga nak faham apa
0 comments

Wednesday, March 19, 2014

kata-kata mutiara

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Jom sama-sama kita hayati kata-kata mutiara ini. Semoga kita akan lihat keindahan takdir kita yang telah ditetapkan oleh-Nya




0 comments

Friday, March 14, 2014

Pray for #MH370

Posted by Unknown
Assalamualaikum...


0 comments

Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul

Posted by Unknown
Assalamualaikum



"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu."

Al-Nasai & Ibnu-Hibban

0 comments

Thursday, January 9, 2014

Tips elak senggugut ketika haid

Posted by Unknown
Assalamualaikum



Huda selalu mengalaminya ketika datang haid. Ini untuk kaum hawa yang sering mengalaminya. Let's chect it out!!..


Selalunya ketika kaum wanita datang haid pasti ada yang akan mengalami serangan 'dysmenorrhea' atau lebih dikenali dengan senggugut. Ia boleh dikatakan normal bagi kaum wanita, namun ramai yang merungut apabila diserang senggugut. 

Ini kerana kadang-kala serangan senggugut agak serius seperti kekejangan di bahagian otot perut sehingga ada yang hanya mampu terbaring sahaja. 


Minum banyak air
Air sangat penting untuk tubuh badan anda. Jadi pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan. 
0 comments

Happy New Year!!!

Posted by Unknown
Assalamualaikum

Hye you all...lets fill relaxs with this wishes happy new year pictures that I selected from google image....




0 comments

Yang tersirat

Posted by Unknown

Assalamualaikum 



15.12.2013

     Kedatangan Maksu dan keluarganya pagi ini ke rumah menyebabkan Huda berasa terlalu sedih. Huda punyalah bersungguh-sungguh kemas di setiap ruang dalam rumah ini setakat yang Huda mampu. Maksu sekarang bukan lagi Maksu yang dulu, dia sendiri pun dah lupa yang dia jadi maksu kami bukan Maktam. Paksu pula langsung tak pandang aku. Huda tak sangka mak saudara sendiri memandang rendah kat Huda, pandang hina disebabkan Huda tidak mendapat pekerjaan lagi. Maksu mesti anggap Huda ni anak yang tak berguna kan? Huda bertambah sedih bila mak ayah balik dari kedai terus mak marah Huda sebab tak kemas meja makan. Mak menganggap Huda langsung tak kemas rumah. Mana nak sempat Huda buat kerja rumah seorang diri. Huda tak sangka maksu akan sampai secepat ini. Adik-adik buat hal masing-masing.
0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK