Wednesday, May 7, 2014

Manfaat solat berjemaah di masjid

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Terasa bagaikan di syurga apabila mendengar seruan azan ketiika di dalam masjid. Suasana tenang dan nyaman di situ dapat menghilangkan tekanan atau maslah di tempat kerja. Jom sama-sama kita meriahkan masjid-masjid dengan solat berjemaah kerana terdapat banyak manfaatnya.

Sesungguhnya solat berjemaah adalah untuk menghapus sikap individu di dalam jiwa, dan menghancurkan sifat2 perpecahan. Maka di antara hikmah pentingnya melakukan solat berjemaah adalah mempererat persaudaraan yang sudah terjalin.


Masjid merupakan tempat menghimpun masyarakat dalam solat lima waktu. Mereka duduk saling berdekatan, wajah saling bertatapan, tangan saling berjabatan, lisan saling menyapa dan hati saling berpautan. Saling bertemu dalam satu tujuan dan harapan.

Sesungguhnya solat berjemaah di masjid memiliki banyak kemuliaan dan keutamaan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Pada zaman Rasulullah solat berjemaah merupakan suatu hal yang menjadi ciri khas mereka. Namun ketika zaman semakin jauh, maka yang terjadi semakin memudarlah kebiasaan itu.

Sebuah keutamaan yang pernah digambarkan oleh Rasulullah saw adalah bahawa orang yang hatinya terpaut selalu dengan masjid akan mendapat naungan di bawah naungan Allah pada hari akhirat kelak.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK