Thursday, November 12, 2015

Kasih Ayah. . .Rindu Ayah

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Sepertinya ku tidak percaya yang ayah Wak Harun sudah tiada. . .Rasanya seperti baru berjumpa semalam. . . Masih terkejut dengan berita itu. . .Rasa menyesal dan rasa bersalah yang teramat sangat kerana tidak sempat untuk berjumpa dengannya buat kali terakhir. . .Seperti terdengar suaranya ketika ini. . .Merasai kehadirannya di sini. . .Tiba-tiba rindu menyelubungi diri ini. . .Maafkan diriku ini. . .Bukan ku tidak ingin menziarahi ayah sekeluarga tapi terikat dengan keluargaku. . .Dapat kenal dengan ayah, mak dan anak-anak adalah perkara terbaik sekali dan tepat pada masanya kerana ku jauh dari keluarga. . .Terima kasih atas segala-galanya. . .Akan ku kenang segala kebaikan mu. . .Rindu nak makan lokan. . .Rindu nak dengar ayah cakap jawa dan buat lawak. . .Yang paling ku suka ingat,ketika ku melukis dan mewarna bersama wawa,lalu ayah memberi idea untuk melukis. . .Ku sendiri tidak sangka ayah juga pandai dalam seni seperti ayah ku juga. . .Sememangnya kasih ibu hingga ke syurga,kasih ayah sepanjsng masa. . .

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK