Wednesday, May 21, 2014

PopUp Card

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Ramai yang masih tidak faham apa itu popUp card. . .so di sini huda explain secara ringkas apakah itu popUp card?

POP-UP

Pop-Up adalah perkataan universal. Apa sahaja buku-buku / kad-kad yang timbul atau muncul dalam bentuk 3D atau bergerak apabila dibuka ia di panggil buku / kad Pop-Up. Reka bentuk dan penciptaan buku-buku atau kad-kad Pop-Up adalah sebahagian dari seni dan juga sebahagian dari kejuruteraan kertas ('paper engineering').

Ernest Nister dan Meggendorfer Lothar boleh dikatakan orang yang pertama mencipta buku Pop-Up. Buku-buku Pop-Up mereka sangat diminati di German dan Britain pada abad ke 19.

Tetapi tidaklah pada abad tersebut nama 'Pop-Up' itu muncul.
Harold Lentz adalah penerbit yang pertama menggunakan perkataan 'Pop-Up' untuk menunjukkan ilustrasi buku beliau yang bertajuk Blue Ribbon di terbitkan di New York pada tahun 1930.
Dari negara eropah ia bermula dan diminati kemudian ia berkembang keseluruh dunia atas permintaan yang sangat menggalakkan sehinggalah kini. 
Disebabkan itu tidak hairanlah jika kita ke kedai-kedai buku yang menjual buku-buku Pop-Up kita akan dapat lihat semuanya buku-buku tersebut diterbitkan dari negara eropah.

0 comments

Monday, May 19, 2014

Happy teacher's Day

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

1997-2002 : : Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim (SKWI)
2003-2006 : : Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji (SMKOKH)
2006-2007 : : Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi (SMKPK)

Kepada guru-guru yang pernah mengajar saya di sekolah-sekolah tersebut, TERIMA KASIH CIKGU !! 
0 comments

Saturday, May 17, 2014

Happy Mother's Day

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .


Harap tak terlambat lagi untuk post selamat hari ibu ni. . .Happy mother's day to all mom in this world. . .
You are the best in the world. . .
0 comments

Friday, May 16, 2014

Sakit penghapus dosa

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .


Semoga info ini memberi manfaat untuk kita semua. . .Sama-samalah kita muhasabah diri semasa mendapat kesakitan. . .i love Allah. . .

Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
“Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan,” katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
“Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
“Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?” ujarnya.
Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.
“Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
“Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar,” ujarnya.
Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya” (Hadis riwayat At-Tarmizi).
0 comments

Wednesday, May 7, 2014

Manfaat solat berjemaah di masjid

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Terasa bagaikan di syurga apabila mendengar seruan azan ketiika di dalam masjid. Suasana tenang dan nyaman di situ dapat menghilangkan tekanan atau maslah di tempat kerja. Jom sama-sama kita meriahkan masjid-masjid dengan solat berjemaah kerana terdapat banyak manfaatnya.

Sesungguhnya solat berjemaah adalah untuk menghapus sikap individu di dalam jiwa, dan menghancurkan sifat2 perpecahan. Maka di antara hikmah pentingnya melakukan solat berjemaah adalah mempererat persaudaraan yang sudah terjalin.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK