Assalamualaikum. . .
Ramai yang masih tidak faham apa itu popUp card. . .so di sini huda explain secara ringkas apakah itu popUp card?
POP-UP
Pop-Up adalah perkataan universal. Apa sahaja buku-buku / kad-kad yang timbul atau muncul dalam bentuk 3D atau bergerak apabila dibuka ia di panggil buku / kad Pop-Up. Reka bentuk dan penciptaan buku-buku atau kad-kad Pop-Up adalah sebahagian dari seni dan juga sebahagian dari kejuruteraan kertas ('paper engineering').
Ernest Nister dan Meggendorfer Lothar boleh dikatakan orang yang pertama mencipta buku Pop-Up. Buku-buku Pop-Up mereka sangat diminati di German dan Britain pada abad ke 19.
Tetapi tidaklah pada abad tersebut nama 'Pop-Up' itu muncul.
Harold Lentz adalah penerbit yang pertama menggunakan perkataan 'Pop-Up' untuk menunjukkan ilustrasi buku beliau yang bertajuk Blue Ribbon di terbitkan di New York pada tahun 1930.
Dari negara eropah ia bermula dan diminati kemudian ia berkembang keseluruh dunia atas permintaan yang sangat menggalakkan sehinggalah kini.
Disebabkan itu tidak hairanlah jika kita ke kedai-kedai buku yang menjual buku-buku Pop-Up kita akan dapat lihat semuanya buku-buku tersebut diterbitkan dari negara eropah.

0 comments:
Post a Comment