Assalamualaikum
15.12.2013
Kedatangan Maksu dan keluarganya pagi ini ke rumah menyebabkan Huda berasa terlalu sedih. Huda punyalah bersungguh-sungguh kemas di setiap ruang dalam rumah ini setakat yang Huda mampu. Maksu sekarang bukan lagi Maksu yang dulu, dia sendiri pun dah lupa yang dia jadi maksu kami bukan Maktam. Paksu pula langsung tak pandang aku. Huda tak sangka mak saudara sendiri memandang rendah kat Huda, pandang hina disebabkan Huda tidak mendapat pekerjaan lagi. Maksu mesti anggap Huda ni anak yang tak berguna kan? Huda bertambah sedih bila mak ayah balik dari kedai terus mak marah Huda sebab tak kemas meja makan. Mak menganggap Huda langsung tak kemas rumah. Mana nak sempat Huda buat kerja rumah seorang diri. Huda tak sangka maksu akan sampai secepat ini. Adik-adik buat hal masing-masing.
Semasa Huda mengemas meja makan, tak dapat menahan air mata dari terus keluar mengalir, lalu lantas Huda ke bilik air meluahkan air mata ayng tersisa. Mata Huda kelihatan merah saga. Huda masih ingat kali terakhir Huda sedih begini selepas Huda dimalukan oleh pensyarah di depan pelajar-pelajar lain semasa presentation FYP. Huda kembali ke meja makan untuk menyambung kerja yang belum selesai sebentar tadi, tetapi air mata Huda masih mahu mengalir, Huda terus masuk ke bilik belakang untuk bersendirian. Aku menangis sepuas-puasnya dalam bilik sehinggalah mereka balik baru Huda keluar pada bilik untuk menunaikan solat zuhur. Di dalam solat juga Huda menangis.
Aku luahkan kepada mak, tapi ternyata mak sebelahkan Maksu daripada Huda. Di sebelah petang. Huda memberanikan diri mengadu kepada ayah, tapi ayah pun macam sebelahkan Maksu. Ayah cakap biarlah diorang nak cakap apa pun, lagilah hati aku hancur luluh. Ayah ingat Huda ni tunggul kayu ke takde perasaan? Ayah tak sedar ke disebabkan ayah lah Huda jadi macam ni. Huda berkorban masa, tenaga, wang simpanan, upah mengasuh, impian untuk memenuhi keperluan barangan dapur, husni, mak, ayah dan adik. Kehendak Huda tiada siapa yang ambil tahu, Huda kumpul duit sejak bemula latihan industri tahun lepas. Ayah pula langsung tak boleh tahu Huda ada duit dalam akaun, mesti ayah suruh keluarkan sampailah tinggal RM10. Huda masih ingat kata-kata ayah yang selepas Huda habis study, nak daftarkan Huda di sekolah memandu, tapi sampai sekarang Huda masih tidak mempunyai lesen kenderaan. Ayah tak kasihankan Huda ke? Ayah tak sayang akan Huda dah ke? Ayah tak fikir tentang masa depan Huda?Apa Huda nak jadi?Apa yang Huda suka?Bakat yang Huda ada? Ayah tak suka tengok Huda nak jadi lebih berjaya pada ayah ke? Huda ni tak penting ke dalam hidup ayah? Ayah selalu takde mase untuk Huda. Ayah tak bertanya tentang Huda pun. Huda rindukan kasih sayang seorang ayah macam ayah Burn(ayah angkat aku). Dia selalu ada masa untuk anak-anaknya, selalu bertanyakan tentang Huda, tidak pernah lupakan Huda walaupun Huda bukan anak kandung dia.

0 comments:
Post a Comment