Friday, November 7, 2014

Ingat akan mati

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

     Dah lama rasanya tak update blog ni. . Hari ini huda nk kongsikan satu kejadian yang berlaku kepada huda beberapa hari yang lepas. . .Kejadian ini mengisahkan bagaimana aku hampir tercekik kerana makan kerepek dalam office. . .

        Semasa menghadap kertas-kertas kerja di dalam office, terasa lapar lah pulak, lalu huda ambil lah sedikit kerepek dalam balang. . .Terus huda suap dalam mulut tanpa baca bismillah terlebih dahulu. . .Huda makan terlalu cepat sebab takut bos nampak,dalam office kami terdapat peraturan dilarang curi-curi makan di dalam office. . .tapi apa kami kisah, . .

     Beberapa minit kemudian huda berasa tekak terlekat sesuatu, terasa macam nak pitam, huda
batuk-batuk sehingga kawan-kawan pun terhenti buat kerja diorang. . .tiba-tiba huda berasa seperti hendak pengsan, mata pun dah berair menahan sakit, huda capai botol air secepat mungkin dan minum air sebanyak yang mungkin. . .syukur alhamdulillah tekak berasa sedikit lega dan boleh gelak lagi. . .kawan-kawan pun berasa lega. . .tetapi tekak huda masih berasa tidak selesa, huda berlagak seperti biasa, sebelum huda pergi makan tengahari, huda memuntahkan sisa-sisa makanan di dalam tandas. . .huda berasa bersyukut sangat kerana masih dipanjangkan umur.

     Pengajarannya di sini, jangan lupa baca bismillah sebelum makan. . .jangan makan dengan gelojoh. . .padah akibatnya tau. . .pasti lepas ni aku dah tak nak makan kerepek. . .walaubagaimanapun huda bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih beri peluang kehidupan. . .



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK