Sunday, August 3, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Posted by Unknown
Assalamualaikum. . .

Tahun ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan kapal terbang MH370 dan kapal terbang MH17 terhempas akibat ditembak oleh pengganas. . .Al-fatihah disedekahkan kepada kru-kru dan mangsa-mangsa yang terlibat. . .Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. . .Tidak lupa juga kepada saudara-saudara islam di gaza yang sedang menjadi mangsa kekejaman Israel, didoakan semoga Gaza akan terus diberi kemenangan. . .

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan lagi untuk meraikan aidilfitri ini bersama ahli keluarga dan sanak-saudara. . .Walaupun huda hanya dapat cuti dua hari je, raya tetap raya. . .Di kesempatan ini, huda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang sudi singgah kat blog ni. . .;)

Lirik Lagu Erti Aidilfitri - KRU

Dengar laungan takbir
Hayati erti Aidilfitri
Suasana gembira di mana saja
Sepanjang Syawal mulia

Kumohon salam ikhlas
Tulus kata hati dilafaz
Dari kota hingga ke pinggiran desa
Saudara seagama

Korus
Selamat Hari Raya,
Hari kemenangan kita,
Sempurnalah amalan Ramadhan
Moga bersihlah jiwa raga

Selamat Hari Raya
Ampun maaf dipinta
Kita mulakan lembaran baru
Lupakan sengketa lama

Tenangnya rasa hati
Dalam menghayati Aidilfitri
Eratkan siratulrahim antara kita
Saudara seagama

Ulang Korus

Selamat Hari Raya 2x

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-erti-aidilfitri-kru.html#ixzz39L6sPMrS



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Art_Zone Copyright © 2011 Design by SE | Ingin menempah? KLIK